Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Wednesday, May 4, 2011

Parenting Tips | Anak Suka Memanjat

Assalamualaikum…

Sekarang ni asal pagi jer hujan, petang pun sama. Tapi elok jugak la, atlis dapatlah ibu yang jadi surirumah mengaringkan kan di jemuran. Sebab masuk jer tengahari panas terik plak. Susah sungguh nak buat ramalan cuaca. Tak menentu gini Bagi kita yang kerja ni tawakkal jer la. Jemur pagi tu , petang plak la dapat diangkatnya. Elok kain dah garing..lembappppp balik.

Pagi ni sebelum loceng bunyi tadi sempat lagi aku google pasal tips untuk anak yang suka memanjat. Uolss nak tahu sebab apa?.. sebab gambar ni la. Sekarang memang kesukaan dia aktiviti panjat sofa. Dah panjat satu hal..siap posing lagi berangan naik motor besar plak.



Takperla.. aku nak ikut tips yang sumber tu kasi… dia cakap jangan di haling.. Cuma kena la pantau kan. Kan tak pasal-pasal anak tu dapat sakit sebab nak sangat suruh dia explore macam macam. Ya memang kita kena bagi dia persekitaran yang boleh membantu perkembangan mental dan fizikal mereka. Tapi kena la ada batasnya.



Contohnya, semasa anak-anak sudah pandai bertatih, ada satu tempoh kita dapati anak-anak ini suka sangat memanjat tangga (sensitive period for stairs climbing) atau apa sajalah macam sofa ke, bangku ke kerusi meja makan ker.

Selalunya kita akan halang anak itu sebab takut terjatuh atau tercedera lalu kita pasang semacam pagar ditangga untuk halang anak dari memanjat tangga. Secara tidak sedar kita akan halang perkembangan fizikal mereka yang sepatutnya dipuaskan secara fitrah. Sedangkan aktiviti (memanjat tangga) tersebut melatih perkembangan psikomotor nak anak. Juga menan rasa yakin diri pada kanak-kanak.

Sepatutnya biarkan saja anak-anak meniti tangga, jangan dihalang, tetapi dipantau dari jauh. Ibubapa boleh saja mengikut dari belakang dan apabila anak anak berjaya tiba di tangga paling atas, berikan ganjaran atas kejayaan itu.



Tapi kalo bab panjat memanjat ni bukan takat budak yang baru nak bertatih yang suka.. budak besar macam Hafiy ni lagi la galak nak panjat situ sini. Biasanya dia dah reti nak beza kat mana dia boleh main dan kat mana tak boleh main. Cuma sekali sekala digoda oleh si adik maka mulala dia pun menggeletis skali nak panjat sana sini. Pengaruh adik tu kuat sangat. Tapi takperla… sekali aku terjerit macam tarzan dia terus dengar. Adiknya tidakkk.. ko jerit la sampai buasir anak tekak pun tak jalan…buat dono jer….. lagi dia nak panjat ader la. Siap sengih lagi.

Biarkan saja la..selagi dalam pemantauan kita kan? Lepas ni aku kena piker apa bentuk ganjaran yang aku nak kasik kat dia… apa lagi…biskut HUP SENG la. Dah itu jer dia suka.

2 comments:

Sal Saari said...

bg arr Md ke..kfc ker..hehe

aizamia3 said...

ada masa kita biarkan je.. nanti bila dia dah rasa sakit, serik sekejap.. tapi masalahnya kita jugak yang dicari..

ibu.. ibu.. akit..

chit.. gangguan betul.. baru nak rehat longgarkan otot2ku ini..